MENU

Friday, 6 April 2018

PERSEMBAHAN KOIR KOD TANGAN PADA MAJLIS PENUTUPAN KM1M PERINGKAT KEBANGSAAN


Kem membaca 1 Malaysia dijalankan selama 3 hari dari 3 hingga 5 April tetapi murid-murid dijemput mempersembahkan koir kod tangan pada hari majlis penutupan pada 5 April tersebut.  Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis. Kemudian, majlis di sambut meriah oleh tarian selamat datang daripada Sekolah Kebangsaan Tarsician Convent Ipoh. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Penolong Pengarah BTPN Negeri Perak Encik Moktar bin Wahid. Kemudian, majlis diteruskan dengan Persembahan koir kod tangan murid-murid berkeperluan khas SKPK Taiping. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak iaitu Tn. Hj. Mohd Rosli bin Ahmad.Kemudian, majlis berakhir dengan drama tari SMK Muhibbah, Sg. Siput.Kemudian, diteruskan dengan sesi penggambaran dan yang terakhir persembahan oleh Sekolah Kebangsaan Taman Palma dan SM Sains Raja Azlan Shah.









No comments:

Post a Comment

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping

Ruang dan Sudut PSS Qr Code Kitchen Garden Silent Reading Permainan dalaman