MENU

Friday, 20 April 2018

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH 2018

Kem membaca 1 Malaysia dijalankan selama 5 hari dari 16 hingga 20 April.

Tarikh /Hari
7.30-8.30 pagi
8.30-9.30 pagi

9.30-10.00 pagi
11.00-1.30 tengahari
Isnin 16.4
Majlis Perlancaran Program KM1M
Klinik membaca kisah teladan
(BM)
R
Explorace-jejak maklumat
Selasa 17.4
30 minit membaca (nilam)- PSS
Klinik membaca kisah teladan
E
Reka Cipta Bahan Bantu Belajar
Rabu 18.4
30 minit membaca (nilam)-PSS
Klinik membaca kisah teladan
H
Reka Cipta Bahan Bantu Belajar
Khamis 19.4
Pertandingan Bercerita Kisah Teladan
A
Pertandingan Bercerita Kisah Teladan
Jumaat 20.4
Bijak Kosa Kata
T
Pdp seperti biasa

Friday, 13 April 2018

KEM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN MURID BERKEPERLUAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping telah menghantar wakil ke Kem Jati Diri Dan Kepimpinan Murid Berkeperluan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 seramai 8 orang murid dan 2 orang guru pengiring. Kem ini dilaksanakan pada 23-26 April 2018, bertempat Pusat Kepimpinan Pelajar MARA(PUSKEP) Lenggong, Perak.




Monday, 9 April 2018

INTERNATIONAL COLLABORATIVE PROGRAMME PPD LARUT MATANG SELAMA AND PHATTALUNG MUNICIPALITY EDUCATION DIVISION.


Program antarabangsa ini bertujuan menjalinkan Kerjasama dalam membangunkan proram akademik, kursus jangka pendek seperti kajian dan pembangunan aktiviti bagi meningkatkan kualiti pendidikan diantara PPD LMS (rendah dan menengah)bersama Phattalung Municipality Education Division.
Program ini juga bertujuan mendedahkan murid dari kedua-dua negara mengenal budaya serta memahami latar belakang komuniti dan menghormati satu sama lain serta dapat mendedahkan tentang pendidikan di Malaysia kepada pelajar Thailand.








Friday, 6 April 2018

PERSEMBAHAN KOIR KOD TANGAN PADA MAJLIS PENUTUPAN KM1M PERINGKAT KEBANGSAAN


Kem membaca 1 Malaysia dijalankan selama 3 hari dari 3 hingga 5 April tetapi murid-murid dijemput mempersembahkan koir kod tangan pada hari majlis penutupan pada 5 April tersebut.  Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis. Kemudian, majlis di sambut meriah oleh tarian selamat datang daripada Sekolah Kebangsaan Tarsician Convent Ipoh. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Penolong Pengarah BTPN Negeri Perak Encik Moktar bin Wahid. Kemudian, majlis diteruskan dengan Persembahan koir kod tangan murid-murid berkeperluan khas SKPK Taiping. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak iaitu Tn. Hj. Mohd Rosli bin Ahmad.Kemudian, majlis berakhir dengan drama tari SMK Muhibbah, Sg. Siput.Kemudian, diteruskan dengan sesi penggambaran dan yang terakhir persembahan oleh Sekolah Kebangsaan Taman Palma dan SM Sains Raja Azlan Shah.









Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping

Ruang dan Sudut PSS Qr Code Kitchen Garden Silent Reading Permainan dalaman