MENU

Thursday, 9 August 2018

Thursday, 12 July 2018

Sejarah Sekolah SK Pendidikan Khas Taiping

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping diasaskan penubuhannya pada tahun 1973 oleh Cik Cecila S.P Pareira .Kelas percantuman ini menjadi sebuah Sekolah Rendah Pendidikan Khas pada 1hb Mei 1988 dan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan King Edwards ke VII (2) Taiping (Sesi Petang) dengan ditadbir oleh seorang Guru Besar dengan seorang Pembantu Tadbir.

Pada 2hb Disember 1991 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Taiping telah berpindah ke bangunan yang di urus sendiri (Bangunan Pejabat lama audit Sekolah).Bangunan yang terletak di bahagian belakang Sekolah Kebangsaan Taiping.

Bermula tahun 2002,sekolah ini telah diberi tanggungjawab sebagai Pusat Tanggungjawab(PTJ) di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Khas.


Tuesday, 10 July 2018

MENCANTING DAN MEWARNA BATIK

Kelab kebudayaan SKPK TAIPING mengadakan aktiviti mecanting dan mewarna batik. Aktiviti ini dilaksanakan pada 11 Julai 2018 bertempat di ruang legar pejabat SKPK TAIPING.







Wednesday, 6 June 2018

PROGRAM JALINAN KRAF ANAK ISTIMEWA 2018 BERSAMA SEKOLAH SEMANGAT MAJU TAIPING


·      Menerapkan semangat kesungguhan dalam menghadapi kehidupan walau pun serba kekurangan.
·     Menanamkan sikap inovasi dalam kalangan warga sekolah melalui contoh hasil kraf tangan.
·         Mempelajari cara membuat kraf daripada bahan terbuang.
·         Menyebar luas teknik dan inovasi penghasilan kraf kepada warga sekolah.







Thursday, 24 May 2018

Lawatan Ketua Timbalan Pengarah ke Pusat Sumber Helen Keller pada 24 May 2018

Pihak sekolah mengalu-alukan kesudian tuan ke sekolah kami. Terima kasih atas bimbingan dan kerjasama yang pihak tuan berikan. Tanpa bantuan daripada pihak tuan, pasti Pusat Sumber Helen Keller tidak sehebat ini. Terima kasih Tuan dan pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih.



Wednesday, 23 May 2018

Khidmat Bantu Pusat Sumber Helen Keller Pegawai BTPN Perak

Pasukan Pegawai BTPN telah turun memberi khidmat bantu di Pusat Sumber Sekolah Helen Keller. Terima kasih atas bantuan anda semua.

Monday, 14 May 2018

KARNIVAL KO AKADEMIK PENDIDIKAN KHAS DAERAH KINTA UTARA


Karnival Ko-Akademik adalah satu pertandingan ko-akademik yang melibatkan murid-murid bermasalah pembelajaran dan pendengaran di daerah Kinta Utara. Program ini adalah satu usaha dan platform kepada semua murid bagi menonjolkan kebolehan mereka selain dapat mencungkil bakat terpendam dan keyakinan murid untuk memberikan persembahan terbaik.


Aktiviti yang dijalankan dan Pencapaian

Bil
Pertandingan
BD
Pencapaian
1.
Celik eja Terbuka
1
Naib Johan
2.
Spelling Bee Terbuka
1
Johan
3.
Pertandingan Mewarna Khat Jawi tahap 1
1
Johan
4.
Pertandingan Menulis Khat Jawi tahap 2
1
Johan
5.
Fun Mathematic tahap 1
1
Johan
6.
Fun Mathematic tahap 2
1
Ketiga
7.
Mari Membina Model terbuka
2
Johan

 






Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping

Ruang dan Sudut PSS Qr Code Kitchen Garden Silent Reading Permainan dalaman